Jansher Khan

Jansher Khan (lahir 15 Jun 1969, di Peshawar, Pakistan) ialah bekas pemain No. 1 dunia dalam sukan skuasy. Dia berasal dari Pakistan. Sepanjang kerjayanya, dia memenangi Terbuka Dunia sebanyak lapan kali dan Terbuka British sebanyak enam kali. Jansher datang daripada keluarga yang mempunyai bakat dalam sukan skuasy. Abangnya Mohibullah Khan ialah salah seorang pemain profesional skuasy dalam era 70-an. Seorang lagi abangnya ialah peneraju dalam pertandingan peringkat amatur.Jansher memenangi Kejohanan Skuasy Remaja Dunia pada tahun 1986. Dalam masa yang sama, ketika itu dunia skuasy lelaki dikuasai oleh seorang pemain dari Pakistan iaitu Jahangir Khan. Pada Terbuka Dunia tahun 1986, Ross Norman akhirnya berjaya menghalang kemenangan berturut-turut Jahangir Khan dalam kejohanan ini. Jansher secara rasmi bersara daripada skuasy pada tahun 2001. Dia memenangi 99 gelaran profesional dan menjadi pemain No. 1 dunia selama enam tahun.